Sakit ke Berbekam?
Saya sering diajukan soalan mengenai keadaan ketika berbekam antaranya ialah sakitkah berbekam . Namun, jawapan yang sebenar berbeza bagi setiap orang. Perkara yang mempengaruhi rasa bekam itu sendiri antaranya tahap cengkaman Cawan bekam , Jarum, Sayatan, dan keadaan Pesakit itu sendiri. Ada juga pesakit mengadu rasa seperti geli, kulit tegang, sakit, tidak selesa, ringan dan selesa. Kadangkala pesakit mengadu rasa sakit ketika berbekam. Namun kadar kesakitan berbeza mengikut ketahanan pesakit itu sendiri dan kadangkala ia juga kemungkinan terjadi akibat kecuaian pembekam ketika mengendalikan rawatan bekam. Padahal, risiko penyakit yang dihadapi lebih teruk kesakitannya berbanding kesakitan ketika berbekam bahkan kos rawatan penyakit sangat tinggi. Pernahkah anda melihat seseorang meraung kesakitan ketika dicucuk atau diberi suntikan oleh seorang doktor.
Adakah disebabkan terikut ‘Memanjakan’ diri sehingga tanggapan sakit ketika berbekam itu mempengaruhi keputusan anda untuk tidak berbekam sehingga melepaskan peluang untuk memperoleh manfaatnya. Adakah anda sanggup hadapi risiko untuk mengidap penyakit berbahaya tanpa mengambil sebarang ikhtiar untuk mencegahnya. Perlu di ingat bahawa bekam bukan hanya sekadar mencegah malah ia mampu merawat. Malah kami mempunyai alat bekam terkini yang dapat mengurangkan kesakitan antaranya ialah pen bekam yang mengandungi jarum/lancet sehingga tusukan jarum sangat laju dan mengurangkan kesakitan . Kami juga mengunakan kaedah sayatan(pisau). Malah antara menggunakan jarum sememangnya pisau paling tidak menyakitkan tidak seperti gambaran umum.
sabda Rasulullah:
"Sebaik-baik pengubatan yang kalian lakukan adalah hijamah"
(As-silsilah Ash-Shahihah 1053)
Jazakallah.
"Sebaik-baik pengubatan yang kalian lakukan adalah hijamah"
(As-silsilah Ash-Shahihah 1053)
Jazakallah.